it's not just rice, it's life
EVENTS
Past Events
Archive Articles
 

ARCHIVE ARTICLES

PILIHAN BERNAS DAN SINAR FM RAIKAN RESTORAN PALING POPULAR BULAN DISEMBER 2006

Kajang, 14 Januari 2007 - Restoran Yankies Hut di Sungai Ramal Dalam, Kajang telah terpilih sebagai restoran PILIHAN BERNAS paling popular bulan Disember 2006 oleh pengunjung restoran dan pendengar stesen radio Sinar Fm melalui program usahasama PILIHAN BERNAS dan Sinar Fm, iaitu "Selera Sinar Bersama Restoran PILIHAN BERNAS". 

Yankees Hut berjaya mengutip jumlah undian yang tertinggi kerana suasana restoran ala kampung yang begitu unik, bersih, aman dan tersusun, di samping hidangan istimewa restoran seperti berbagai jenis masakan ikan bakar dan masakan berkonsep tradisional.

Sempena pengisytiharan restoran Yankies Hut sebagai restoran PILIHAN BERNAS paling popular bulan Disember, satu majlis makan malam diadakan di restoran Yankies Hut pada hari ini untuk meraikan kemenangan restoran tersebut serta lima pemenang yang telah mengundi restoran kegemaran mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan borang undian yang terdapat di restoran-restoran di bawah naungan PILIHAN BERNAS. 
Selain daripada menerima hamper istimewa dan beras daripada PILIHAN BERNAS, pemenang-pemenang dan keluarga mereka dapat menikmati hidangan bersama penyampai-penyampai popular Sinar Fm seperti Wan Che' Abdul Haleem Othman yang lebih dikenali sebagai Halim Othman, Habsah Omar atau lebih terkenal sebagai Abby Fana, David Low, Wan Syahrina Wan Ab. Rahman (Rina), Jamal Jamaludin, Najman Mohamed, Mohamad Zaidi Zainal, Rasidah Khasim (Shida) dan Subarma Mohtarudin (Suby).

"Selera Sinar Bersama Restoran PILIHAN BERNAS" pada masa ini sedang giat mencari restoran PILIHAN BERNAS paling popular bulan Januari 2007. Sementara itu, kempen kedua Program Restoran PILIHAN BERNAS telah pun bermula pada 1 Januari 2007. Kempen ini yang akan berakhir pada 30 April 2007, menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM100,000 merangkumi enam buah TV plasma 42 inci, lima buah kamera video dan lain-lain hadiah lumayan untuk dimenangi ramai.



ARCHIVE EVENTS

PILIHAN BERNAS DAN SINAR FM RAIKAN RESTORAN PALING POPULAR BULAN NOVEMBER 2006

Restoran Jaring di Bandar Sunway telah terpilih sebagai restoran PILIHAN BERNAS paling popular bulan November oleh pengunjung restoran dan pendengar stesen radio Sinar Fm melalui program usahasama PILIHAN BERNAS dan Sinar Fm, iaitu "Selera Sinar Bersama Restoran PILIHAN BERNAS".

Program tersebut, yang telah bermula sejak Ogos tahun ini, adalah sebahagian daripada program eksklusif "Restoran PILIHAN BERNAS", yang merupakan program perkongsian strategik PILIHAN BERNAS, restoran-restoran terpilih di Lembah Klang serta radio Sinar FM dalam usaha untuk mencari restoran kesukaan ramai yang menggunakan beras PILIHAN BERNAS, yang mana restoran tersebut haruslah mempunyai ciri-ciri seperti pelbagai hidangan yang enak, suasana restoran yang selesa dan bersih serta menawarkan harga yang berpatutan untuk seisi keluarga.

Sempena pengisytiharan restoran Jaring sebagai restoran PILIHAN BERNAS paling popular bulan November, satu majlis makan tengahari telah diadakan di Restoran Jaring untuk meraikan kemenangan restoran tersebut serta lima pemenang yang telah mengundi restoran kegemaran mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan borang undian yang terdapat di restoran-restoran di bawah naungan PILIHAN BERNAS. Selain daripada menerima hamper istimewa dan beras daripada PILIHAN BERNAS, pemenang-pemenang dan keluarga mereka dapat menikmati hidangan bersama penyampai-penyampai popular Sinar Fm.

Pemilik restoran Jaring, Encik Mansor Che Soh berkata; nama restoran ini dipilih berdasarkan hobi memancing yang beliau minati sejak kecil. Beliau yang berasal dari Kelantan berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan. Beliau memulakan karier beliau sebagai tukang cuci pinggan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya belajar memasak secara persendirian sehinggalah berjaya menjadi chef di beberapa buah hotel di Kuala Lumpur. 
Restoran Jaring yang dibuka pada bulan Ogos 1998 ini menawarkan lebih 60 jenis lauk-pauk contohnya ayam percik, daging masak salai, ikan bakar, ulam-ulaman, kuih-muih, serta pelbagai hidangan sampingan seperti sup gearbox, mee kari, nasi ayam, nasi dagang, nasi minyak, bubur hitam, roti jala dan sebagainya. Pada masa ini, Restoran Jaring mempunyai empat orang tukang masak utama yang mampu menyediakan pelbagai jenis hidangan bercitarasa Padang, Minang, Kelantan dan Perak. 

Sementara itu, kempen kedua Program Restoran PILIHAN BERNAS akan dilancarkan pada 15 Disember ini. Kempen yang bermula dari 1 Januari sehingga 30 April 2007 ini akan menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM100,000 merangkumi enam buah TV plasma 42 inci, lima buah kamera video dan lain-lain hadiah lumayan untuk dimenangi para pengunjung Restoran PILIHAN BERNAS. 











 


ARCHIVE EVENTS

PILIHAN BERNAS DAN SINAR FM RAIKAN RESTORAN PALING POPULAR BULAN OKTOBER 2006

Seri Kembangan, 12 November 2006- Restoran Warong Pak Maidin di Taman Equine, Seri Kembangan telah terpilih sebagai restoran PILIHAN BERNAS paling popular bulan Oktober oleh pengunjung restoran dan pendengar stesen radio Sinar Fm melalui program usahasama PILIHAN BERNAS dan Sinar Fm, iaitu "Selera Sinar Bersama PILIHAN BERNAS". 

Program radio tersebut, yang telah bermula sejak Ogos tahun ini, adalah sebahagian daripada program eksklusif "Restoran PILIHAN BERNAS", yang merupakan program perkongsian strategik PILIHAN BERNAS, restoran-restoran terpilih di Lembah Klang serta radio Sinar FM dalam usaha untuk mencari restoran kesukaan ramai yang menggunakan beras PILIHAN BERNAS, yang mana restoran tersebut haruslah mempunyai ciri-ciri seperti pelbagai hidangan yang enak, suasana restoran yang selesa dan bersih serta menawarkan harga yang berpatutan untuk seisi keluarga.

Sempena pengisytiharan restoran Warong Pak Maidin sebagai restoran PILIHAN BERNAS paling popular bulan Oktober, satu majlis makan malam yang berkonsepkan sambutan hari raya diadakan di restoran tersebut pada hari ini untuk meraikan kemenangan restoran tersebut serta lima pemenang yang telah mengundi restoran kegemaran mereka melalui sms dan borang undian yang terdapat di restoran-restoran di bawah naungan PILIHAN BERNAS. Selain daripada menerima hamper istimewa dan beras daripada PILIHAN BERNAS, pemenang-pemenang dan keluarga mereka dapat menikmati hidangan istimewa serta berhari raya bersama penyampai-penyampai popular Sinar Fm seperti Halim Othman, Abby Fana, David Low dan Wan Sharina Rahman (Rina).

"Selera Sinar Bersama PILIHAN BERNAS" pada masa ini sedang giat mencari restoran PILIHAN BERNAS paling popular bulan November. Orang ramai boleh melayari laman web Sinar Fm di www.sinar.fm atau laman web BERNAS untuk mengetahui jika restoran kegemaran mereka merupakan salah satu daripada restoran PILIHAN BERNAS yang tersenarai dan sekaligus mengundi restoran tersebut. Kedua-dua laman web ini turut memuatkan informasi lanjut mengenai restoran-restoran yang terpilih untuk Program Restoran PILIHAN BERNAS, seperti keistimewaan restoran, lokasi restoran serta ulasan makanan daripada penyampai-penyampai stesen radio Sinar Fm.
















ARCHIVE EVENTS

PILIHAN BERNAS AND SINAR FM CELEBRATE MOST POPULAR RESTAURANT FOR THE MONTH OF SEPTEMBER 2006

Santai Restaurant in Mutiara Damansara was voted the most popular restaurant for the month of September by their patrons and radio listeners of Sinar Fm radio station through a joint venture program, namely "Selera Sinar Bersama PILIHAN BERNAS". 

The radio program, which started in early August this year, is a part of an exclusive PILIHAN BERNAS affiliated restaurant program, a strategic partnership between PILIHAN BERNAS, selected restaurants in Klang Valley and Sinar Fm radio station to search popular restaurants that use PILIHAN BERNAS rice brands, distinguished quality in their dishes, possess comfortable and clean restaurant environment, and offer value for money deal for the entire family.

In conjunction with the announcement, a 'buka puasa' event was held in Santai Restaurant to celebrate not only the establishment but the five selected winners whom voted for their favourite restaurants through sms and voting forms available at the restaurants. Other than receiving special hamper prizes from PILIHAN BERNAS, the winners got the chance to dine with their favourite Sinar Fm announcers like Halim Othman, Abby Fana, David Low and Wan Sharina Rahman (Rina).

"Selera Sinar Bersama PILIHAN BERNAS" is currently running in search for PILIHAN BERNAS most popular restaurant for the month of October. The public can go into Sinar Fm's website at www.sinar.fm or BERNAS' website to check if their favourite restaurant is under PILIHAN BERNAS restaurant flagship and to vote for them. The websites not only contain information on the contest, but detailed information about the restaurants such as their specialties, their locations and special comments by Sinar Fm announcers.




Santai's waiters and waitresses ushering invitees at the restaurant entrance.


BERNAS' Senior General Manager (Marketing & Development Division),
Encik Wan Razif Wan Musa giving a welcoming speech.


Left: Sinar Fm's Program Manager, Suby
Right:Santai's owner, Farid Khalid 



Encik Wan Razif and Encik Azrul Mohd Nor (AMP Network Manager )
giving away the monthly prizes to Santai's owners.


Sinar Fm's announcer, David Low,
interviewing voters who won the monthly dining prizes.


Winning voters receiving hampers from
TESCO's Regional Area Manager, Encik Rahmat Alwi.



Winning voters helping themselves with the delicious dishes. 


Dishes served during the event.





Winning voters posed away withSinar Fm's team and Santai's owners.

 


ARCHIVE EVENTS

PILIHAN BERNAS AND SINAR FM CELEBRATE MOST POPULAR RESTAURANT FOR THE MONTH OF AUGUST 2006

Restoran Safiz was the first restaurant to be voted as the most popular restaurant for the month of August by their patrons and radio listeners of Sinar Fm radio station through a joint venture program, namely "Selera Sinar Bersama PILIHAN BERNAS".




From left: Halim Othman, Safiz's owner, Puan Asiah Binti Alimuda
BERNAS' General Manager, Corporate Management Office and Cik Hasina Mohamed, Senior Manager, Marketing Communications Department.


Puan Asiah presenting hamper to the lucky voter.


Encik Azrul Mohd Nor (AMP Network Manager )
giving away the monthly prizes to Santai's owners.


One for the album!



 

Padiberas Nasional Berhad 2008. All Rights Reserved.
Best viewed with...>