KENYATAAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

PROGRAM IKHLAS BACK TO SCHOOL SUNTIK SEMANGAT 200 ORANG MURID TABIKA KEMAS YANG BAKAL MEMASUKI DARJAH 1

BERNAS sumbang peralatan sekolah kepada murid Darjah 1 bagi sesi Mac 2024/2025

31 Januari, Sungai Besar – Untuk menaikkan semangat keterujaan murid-murid yang bakal memasuki alam persekolahan baharu, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sekali lagi menganjurkan Program Ikhlas Back to School dengan mengagihkan barangan keperluan persekolahan kepada 28 buah Tabika Kemas di Sungai Besar, Selangor.

Pengagihan keperluan ini melibatkan 200 murid yang terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dan akan memulakan persekolahan darjah satu bagi Sesi Mac 2024/2025. Pemilihan murid-murid adalah melalui sokongan Pejabat KEMAS Daerah Sabak Bernam yang secara tidak langsung turut menjayakan program ini.

“Selaras dengan matlamat kami untuk membantu komuniti pesawah dan setempat di Sungai Besar, kami percaya akan kepentingan memberi kembali dan membentuk hubungan yang lebih erat dengan masyarakat. Oleh itu, kami berbesar hati untuk menyumbang peralatan sekolah khusus untuk pelajar kurang berkemampuan yang terpilih untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga mereka," kata Pengurus Pengurusan Bekalan & Skim Kilang Beras Bernas Sungai Besar, Encik Muhammad Norhafriz Bin Md Yusop.

“Secara tidak langsung, kita dapat memastikan bahawa anak-anak ini mendapat pendidikan berkualiti secara inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran kepada semua seperti yang digariskan di bawah Matlamat Pembangunan Mampan 4 (SDG 4)”, ujar beliau lagi.

Pendidikan formal adalah penting kerana ia membantu memupuk peribadi dan sifat positif seseorang pelajar yang berpotensi menjadi bakal pemimpin masa depan satu hari nanti.

"Melalui program ini, kami berharap ia dapat menjadi motivasi untuk anak-anak memulakan langkah pertama mereka ke alam persekolahan. Melihat kegembiraan mereka (anak-anak) memilih pakaian seragam yang turut dibantu oleh guru pengiring dan sukarelawan BERNAS, membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneruskan Program Ikhlas Back to School untuk tahun seterusnya,” tambah Muhammad lagi.

Barangan yang diterima adalah pakaian seragam bersama kasut dan stoking sekolah, pakaian sukan, beg sekolah serta set alat tulis.

Sejak 2016, BERNAS telah aktif menyumbang melalui Program Ikhlas Back to School kepada murid-murid sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah. Program kali ini sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya, di mana ia diadakan di Kompleks Kilang Beras BERNAS di Sungai Besar dan murid tabika yang terpilih dapat merasai suasana ala karnival yang turut dibantu oleh guru pengiring dan sukarelawan daripada BERNAS.


About BERNAS
BERNAS was established in 1994 when it took over the role of Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) as the custodian of Malaysian paddy and rice after LPN was corporatized. For more than three decades, BERNAS has been a key player in Malaysia's paddy and rice industry and is recognized as a reliable partner for food security and sustainability.

Our longstanding slogan, "Nourishing the Nation," reflects our values and commitment to providing the best products and services to our country. We embrace our shared core values of Integrity, Customer Focus, and Teamwork, and strive to fulfil our obligations with full dedication, while also balancing the requirements of all stakeholders and upholding the highest standards of quality across our supply
chain.

PADIBERAS NASIONAL BERHAD 199401009835 (295514-U)
1, Jalan Majistret U1/26, HICOM Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.