KENYATAAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

BERNAS SAMBUT BAIK CADANGAN PERDANA MENTERI TELITI LEBIH TERPERINCI INISIATIF BERAS MADANI

Shah Alam, 25 Februari 2024 — Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyambut baik cadangan Y.A.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya inisiatif Beras Putih Malaysia Madani (BPMM) diteliti dan diperhalusi melalui sesi penglibatan yang lebih terperinci oleh semua pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat.

BERNAS turut memuji usaha Kerajaan MADANI yang mendengar dan mengambil kira semua pandangan daripada wakil kerajaan, pemain industri, ahli akademik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada sesi Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Tahun 2024 pada Jumaat.

Dalam membantu usaha Kerajaan untuk menawarkan harga beras putih import (BPI) yang lebih rendah, BERNAS akan meneliti keadaan harga pasaran beras antarabangsa, kos operasi dan kadar pertukaran mata wang asing. Walaupun trend harga BPI masih berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun lepas, BERNAS telah membawa masuk dan mengedarkan BPI sebanyak 1.03 juta tan metrik pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 46% berbanding tahun sebelumnya. Pada masa sama, BERNAS terus komited melaksanakan obligasi sosialnya dalam mengurus stok penimbal negara dan sebagai ‘Buyer of Last Resort' atau pembeli padi yang terakhir.

BERNAS mengulangi pendiriannya dalam memberikan kerjasama penuh kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi dan pihak berkuasa berkaitan dalam mencari mekanisme dan langkah intervensi terbaik bagi memastikan ketersediaan bekalan beras stabil dan mencukupi untuk rakyat Malaysia.


About BERNAS
BERNAS was established in 1994 when it took over the role of Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) as the custodian of Malaysian paddy and rice after LPN was corporatized. For more than three decades, BERNAS has been a key player in Malaysia's paddy and rice industry and is recognized as a reliable partner for food security and sustainability.

Our longstanding slogan, "Nourishing the Nation," reflects our values and commitment to providing the best products and services to our country. We embrace our shared core values of Integrity, Customer Focus, and Teamwork, and strive to fulfil our obligations with full dedication, while also balancing the requirements of all stakeholders and upholding the highest standards of quality across our supply
chain.

PADIBERAS NASIONAL BERHAD 199401009835 (295514-U)
1, Jalan Majistret U1/26, HICOM Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.