KENYATAAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

Beras Berkualiti Menjamin Kesihatan
Ummi Faiza perkenal nasi bukhari kohinoor di MAHA 2018

KUALA LUMPUR (29 November 2018, Khamis): Bertemakan beras untuk kesihatan, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan Syarikat Faiza Sdn Bhd (Faiza) telah mengadakan demo masakan menggunakan beras kohinoor bagi menu nasi bukhari di Laman Padi, MAHA 2018.

Beras basmathi kohinoor, keluaran faiza merupakan beras dari gred SUPER EXTRA LONG GRAIN, iaitu jenis basmathi yang ditanam di kawasan Punjab, kawasan yang terkenal dengan kesuburan tanahnya.

Hajjah Faiza Bawumi Sayed Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Ummi Faiza menyatakan beras basmathi kohinoor dikenali dengan teksturnya yang lembut dan tidak melekit, beras ini juga mempunyai aroma yang menyelerakan.

“Kawasan tanaman beras yang terletak di lembah tempat mengalirnya sungai yang membawa air dari cairan ais dari pergunungan Himalaya. Ini sekaligus memberi kesuburan serta kesegaran kepada penumbuhan beras jenis ini.”

“Beras kohinoor amat sesuai digunakan untuk memasak nasi briyani, nasi arab dan juga nasi putih,” tambahnya lagi.

Selain nasi beriyani kohinoor, Ummi Faiza turut memperkenalkan resipi nasi goreng taj mahal untuk pengunjung. Nasi goreng yang menggunakan beras ponni taj mahal amat sesuai digunakan untuk pesakit diabetik. Ini adalah kerana beras ini mempunyai kandungan kanji dan indeks glasemik yang rendah. Selain itu, beras ini juga kurang karbohidrat, rendah gula dan bebas kolesterol.

Dalam acara yang sama, Faiza dan Nstional Diabetes Institute (NADI) turut menyediakan saringan kesihatan secara percuma kepada 400 pengunjung orang pertama di Laman Padi yang membeli produk taj mahal.


PADIBERAS NASIONAL BERHAD 199401009835 (295514-U)
1, Jalan Majistret U1/26, HICOM Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.