KENYATAAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

Rezeki Kunjung Ke MAHA 2018
Pelajar UiTM Melaka menang pertandingan Badang BERNAS

KUALA LUMPUR (1 Disember 2018) : Rezeki seorang pelajar tahun akhir UiTM Melaka, Muhammad Amru Al-as apabila dinobatkan sebagai Badang BERNAS MAHA 2018. Muhammad Amru, 23 yang juga merupakan pelajar tahun akhir bidang Pengurusan Perladangan dan Agro-teknologi berkunjung ke MAHA 2018 bersama rakan-rakannya tidak menyangka penyertaannya membawa tuah.

“Saya berkunjung ke Laman Padi dan mendapat tahu BERNAS menganjurkan pertandingan ini. Lalu saya terus ambil keputusan untuk mengambil bahagian.”

“Saya memang tiada membuat apa-apa persiapan dan alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya,” ujarnya lagi.
Muhammad Amru berjaya memikul bebanan beras sebanyak 150kg selama 2.10 minit, mengalahkan 22 peserta lain.

“Insya Allah, beras yang dimenangi ini akan saya kongsikan bersama pensyarah serta kawan-kawan yang lain juga keluarga saya di Perak.”

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Dato’ Mohd Sallehhudin Hassan serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MOA, Dato’ Salim Parlan dan Pengarah Ketua Bahagian Pihak Berkepentingan BERNAS, Abdul Rahman Mohd Nasri.


PADIBERAS NASIONAL BERHAD 199401009835 (295514-U)
1, Jalan Majistret U1/26, HICOM Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.